


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak isu berbangkit berkenaan dengan beras yang dicemari oleh logam berat, mikrob berserta arsenik, yang boleh memudaratkan kesihatan manusia dimakan.
Logam berat dan metaloid boleh wujud secara semulajadi di alam sekitar, sesetengahnya adalah sangat beracun kepada manusia. Dengan meningkatnya aktiviti manusia, terutama sekali dalam sektor perlombongan dan pemprosesan pada skala industri, logam-logam berat ini telah menjadi satu masalah kepada alam sekitar. Tanaman akan menyerap logam berat ini daripada tanah yang tercemar, logam berat yang terserap akan terkumpul dalam tanaman pada kepekatan yang tinggi. Tanaman yang tercemar ini akan mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan manusia jika ianya dimakan. Berdasarkan kepada laporan yang diterbitkan dalam Japanese Journal of Hygiene pada tahun 2012, petani Jepun yang memakan beras yang mempunyai kandungan kadmium tinggi, kesihatan mereka terjejas adalah berisiko tinggi. Peladang wanita yang berusia lebih daripada 70 tahun telah menunjukkan simptom fungsi tiub renal terjejas. Kesan lain akibat daripada dedahn kepada kadmium adalah seperti sakit tulang belakang dan sakit pada saraf kaki yang berserta dengan komplikasi kesihatan lain seperti batuk, anemia, dan kegagalan fungsi buah pinggang, yang akhirnya boleh menyebabkan kematian.
Arsenik boleh didapati secara semulajadi pada kerak bumi, dalam tanah, air, tumbuhan dan haiwan. Ia wujud dalam dua keadaan iaitu organik dan bukan organik, di mana dalam keadaan bukan organik arsenik adalah lebih toksik dan berbahaya kepada kesihatan manusia. Arsenik bukan organik sering digunakan sebagai sebahagian komponen dalam racun perosak dan baja, dan ianya akan diserap ke dalam tanaman padi beras yang akhirnaya akan dijadikan sebagai makanan.
Arsenik juga dikenalpasti sebagai salah satu penyebab kepada penyakit kanser kulit, paru-paru, pundi kencing, hati, dan buah pinggang. Berdasarkan kepada kajian yang diterbitkan dalam Journal of Toxicology pada tahun 2011, mencadangkan bahawa arsenik adalah penyebab utama penyakit kanser paru-paru yang boleh membawa kepada kematian. Agensi EPA Amerika Syarikat dan International Agency for Research on Cancer juga telah melabelkan arsenik sebagai bahan karsinogen kategori 1.
Agensi U.S. Food and Drug Administration mendapati bahawa ibu mengandung yang terdedah kepada arsenik bukan organik pada kadar yang tinggi akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan bayi dan wanita hamil tersebut. Ibu yang hamil akan mengalami masalah sistem keimunan badan, kanak-kanak akan masalah tumbesaran.
Beras juga boleh terkontaminasi dengan mikrob. Mikrob boleh dibahagikan kepada dua kategori, kategori yang menyebabkan penyakit sewaktu proses penanaman padi dan kategori yang menyebabkan kerosakan sewaktu proses simpanan beras. Sesetengah kulat boleh menghasilkan mikotoksin dalam tanaman padi yang sedang membesar. Racun ini boleh menyebabkan kanser sekiranya dimakan. Beras yang disimpan dengan betul dalam keadaan yang cukup kering boleh membantutkan perkembangan kebanyakan bakteria, namun demikian perkembangan sesetengah bakteria seperti Salmonella mungkin tidak terjejas. Memasak nasi boleh membunuh bakteria yang wujud, nasi masih boleh tercemar dengan bakteria yang wujud dalam alam semulajadi sekiranya diuruskan dengan cara yang betul. Bakteria tersebut boleh menghasilkan toksin yang menyebabkan muntah dan cirit-birit.
Adakah anda perlu berhenti daripada memakan nasi bagi mengurangkan risiko kesihatan yang berpunca daripada pencemaran logam berat, arsenik dan mikrob? Jawapannya adalah TIDAK! Anda boleh memakan beras Primera Red Rice, salah satu produk Malaysia, yang dihasilkan melalui kajian secara bersama oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia. Kawalan ketat dikenakan ke atas proses penanaman beras Primera Red Rice, memastikan beras yang dihasilkan adalah bebas daripada logam berat dan pencemaran arsenik. Bagi mengekalkan kesegaran beras Primera Red Rice, padi akan dikeringkan terlebih dahulu sebelum diproses dan dibungkus dalam bungkusan kedap udara.
Beras Primera Red Rice juga didapati kaya dengan pelbagai jenis vitamin, mineral, anti-oksida, protein dan serat. Ia juga mempunyai kandungan indeks glisemik (GI) yang disahkan terendah untuk beras di pasaran pada masa kini. Ini menjadikan beras Primera Red Rice sebagai beras pilihan untuk keselamatan dan kesihatan keluarga anda.
Zinc, a nutrient found throughout your body, helps your immune system and metabolism function. Zinc is also important to wound healing and your sense of taste and smell. With a varied diet, your body usually gets enough zinc. The value of zinc is 2.8mg/100g.
Rich in fiber and resistant starch to support a healthier digestive system from the inside out. It helps nourish beneficial gut bacteria, promotes smoother digestion, improves regularity, and keeps you feeling fuller for longer. A healthier gut also contributes to better overall wellness, immunity, and everyday vitality.
Antioxidants are substances that may protect your cells from free radicals, which may play a role in heart disease, cancer, and other diseases. Free radicals are molecules that are produced when your body breaks down food or when you are exposed to tobacco smoke or radiation.
Primera® Red Rice, known as UKMRC9, has a low glycaemic index value (41-48%) which helps to lower and stabilize your after-meal blood glucose level.
Low-GI foods have a GI score of less than 55. They contain carbohydrates that take longer for the body to digest than high-GI foods.
Low-GI foods cause blood sugar levels to rise more slowly than moderate- or high-GI foods.
| Item | Remarks |
| Certificate of Analysis (CoA) | Available upon request |
| Clinical Validation in Type 2 Diabetes Patients | 24-week clinical study completed |
| Low Glycaemic Index (GI 46) | Scientifically Proven |
| High Antioxidant | Natural anthocyanin |
| High Resistant Starch | Laboratory Tested |
| Single Variety Paddy | New Plant Variety (NPV) |


Please click the button below to download our latest brochure.
[Download] Official Primera Brochure
[Download] Primera Rice Cooking Guideline
[Download] Primera Rice Quick Facts
Thank you for your interest in Primera.