Sudah makan? Adakah anda biasa mendengar ungkapan ini? Makanan adalah sinonim dengan kehidupan rakyat Malaysia. Tabiat makan secara berlebihan telah menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara yang paling “gemuk” di Asia dan hampir separuh daripada penduduk dewasa Malaysia mempunyai berat badan yang berlebihan atau mengalami obesiti.
Berat badan yang berlebihan adalah satu faktor penyumbang kepada penyakit kencing manis. Fungsi insulin akan terjejas akibat daripada penambahan lemak badan. Merujuk kepada data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada tahun 2017 sebanyak 17% daripada penduduk Malaysia menderita akibat penyakit kencing manis. KKM meramalkan pada tahun 2015, hampir 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia adalah merupakan pesakit kencing manis.
Sajian Pilihan untuk Pesakit Kencing Manis
Sekiranya anda adalah merupakan pesakit penyakit kencing manis atau mempunyai gejala penyakit kencing manis, kemungkinan besar doktor anda akan menyarankan anda untuk berjumpa dengan pakar pemakanan bagi merangka menu pemakanan sihat yang bersesuaian. Cara pemakanan yang sihat akan membantu anda mengawal kandungan gula darah (glukosa) dalam badan, menguruskan berat badan anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kandungan lemak darah yang tinggi.
Sajian pilihan yang sihat adalah pelan pemakanan yang kaya dengan nutrien semulajadi, mengandungi kandungan lemak dan kalori yang rendah. Makanan yang bersesuaian adalah buah-buahan, sayuran berserta bijirin. Sebenarnya, sajian pilihan untuk pesakit kencing manis adalah sajian pilihan terbaik untuk semua orang.
Adakah saya boleh makan nasi sekiranya saya merupakan pesakit kencing manis?
Semua glukosa dalam badan berasal daripada makanan berkarbohidrat, oleh itu ramai pesakit kencing manis yang bertanya adakah mereka boleh makan nasi. Sebenarnya, pesakit kencing manis tidak perlu mengelak daripada memakan makanan yang berkarbohidrat, tetapi perlu memberi perhatian kepada jenis serta kuantiti makanan berkarbohidrat yang mereka makan.
Dalam pasaran terdapat pelbagai jenis beras, sesetengah beras adalah lebih sihat dimakan berbanding dengan yang lain. Menurut National Institute of Diabetes, Digestive and Kidney Diseases (NIDDK), USA, seseorang pesakit kencing manis perlu mendapatkan sekurang-kurangnya separuh daripada keperluan karbohidrat harian mereka daripada sumber bijirin, bagi mengelakkan kenaikan kandungan gula badan secara mendadak dalam jangka waktu yang singkat. Kenaikan kandungan gula secara mendadak boleh menyebabkan kemudaratan kepada pesakit kencing manis.
Sewaktu memilih beras yang bersesuaian kepada pesakit kencing manis atau untuk seseorang yang mempunyai gejala kencing manis, anda harus memilih beras yang mempunyai kandungan Indeks Glisemia (GI) yang rendah. GI adalah kadar relatif karbohidrat dalam makanan yang boleh mempengaruhi tahap glukosa darah badan. Pada skala 0 hingga 100, nilai GI karbohidrat yang lebih rendah bermakna ia memangkinkan kadar naik turun glukosa dalam aliran darah yang lebih rendah
Berdasarkan kepada hasil kajian Primera Red Rice mempunyai skor kandungan GI terendah pada 46, berbanding dengan beras Basmati, beras merah Thai dan beras putih Jasmine masing-masing pada 50, 55 dan 77.
Selain itu, Primera Red Rice juga didapati kaya dengan vitamin, mineral, protein, serat tumbuhan dan antioksidan. Oleh itu, menjadikannya sebagai pilihan yang lebih baik beras untuk pesakit kencing atau untuk seseorang yang mempunyai gejala kencing manis berserta individu yang sihat.
Hari Penyakit Kencing Manis Sedunia
Hari penyakit kencing manis sedunia jatuh pada 14 November setiap tahun, marilah kita semua beralih untuk memakan Primera Red Rice, nasi yang enak dan sihat untuk semua orang.